14 May 2012

aku~

aku manusia biasa. kenapa mengharapkan sesuatu yang aku tak bisa. aku manusia biasa. kenapa tak pernah memahami apa yang ku rasa. aku manusia biasa. kenapa mahu mempersoalkan apa yang tidak kena. aku manusia biasa. kenapa harus marah tidak semena-mena. aku manusia biasa. aku juga tidak sempurna. namun aku cuba menjadi perkasa. tetapi selalu berakhir dengan binasa. aku bukan siapa-siapa. seperti mereka. punyai banyak cita-cita. aku masih tertanya-tanya. apa matlamatku di depan sana. siapa aku esok harinya. aku tiada idea. tiada siapa sudi bersama. ketika aku duka mahupun lara. tetapi tidak mengapa. aku tidak cepat berputus asa. apa yang aku rasa. suka atau duka. aku jua lah bertanggunggjawab terhadap keduanya. aku manusia. walaupun hanya biasa. aku punya akal juga minda. bukan aku tidak tahu gunakannya. cuma aku tertanya-tanya. apakah aku mampu menggunakannya ke jalan yang sebetulnya. kau, aku dan dia adalah sama. apa yang membezakan kita adalah diri kita. kau dengan sikapmu, aku dengan sikapku, dia dengan sikapnya. kita semua istimewa. kita semua perkasa. semua punyai mata. kita semua punyai telinga kita semua punyai cerita. cuma dengan berbeza cara. jadi, haruskah dipersoalkan segalanya? tidak perlu rasanya. kerana segalanya bergantung kepada kehendakNYA. kita hambaNYA hanya perlu bersedia. apa kemahuanNYA. bila-bila masa. kita harus terima. kerana kita hanyalah manusia. tidak kekal di dunia.

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment