hai lama bangatnye la kan tak merendek merengek dekat blog kesayangan ni haa. rasa macam nak lempang perut sendiri pulak bila tengok older posts. menyampah tahap nak koyakkan ja blog ni tapi malangnya tak diperbuat daripada kertas. bukan apa lah, cara penulisannya macam budak budak macam mana entah. err entahlah. ayat macam apa ja lagi. aii tambah tambah yang tulis dalam english tuu, ya Allah, broken sampai kalau barangan kaca boleh baca pun depa boleh terpecah sendiri. hmm hmm. tapi biarkan saja lah sebab tu boleh jadi kenangan sebelum exampted english kat cfs nilai negeri sembilan nun. haha. padahal kat gombak ni pun sama ja pecahan nyaa. jadi langkah baik tulis bm saja sebab nanti cikgu bm mengamuk pulak sebab asyik nak bi ja semua kan kan kan? sebelum diboroikan perut lagi baik tulis elok elok. akan tetapi alkisahnya tersebut lah kisah, sebenarnya yang latest ni pun sama ja kecenderungan untuk dihendaklempangkan tapi kalau jenis bila tulis tu tak berapa nak sedar diri seratus peratus haa bila baca balik lagi dua tiga bulan mesti macam nak sedut otak sendiri ja rasa takkpun suruh monyet yang ternampak atas tong sampah dekat block apa entah mahallah nusaibah tu sedutkan. ceyy orang dah belajar bahasa melayu kerjaya ni, ayat tu kalau boleh nak panjang sepanjang perjalanan dari gombak ke kampung budi ye dakk? mihmih. oh sebenarnya tajuk pau dekat atas tu bukan pau makanan yang dimaksudkan. tapi pau yang menyerupai manusia. eh manusia yang ala ala pau. memandangkan tajuknya pau boleh la kongsi sikit pasal pau dekat uia ni. paunya sedap. kalau tak silap jia kot yang memperkenalkan. em pau yang cik wani suka pau pandan dgn pau bbq. (saja bagitau kot ada orang nak buat suprise ke apa kan bagi pau berperisa seperti yang disebut di atas, cek sukaaaaaa) dah lah, mari cerita pasal pau dalam erti kata manusia. tadaaaaaaa!
tuu haa pau yang dimaksudkan. bukan yang pakai tudung blue black tu, tapi yang sebelah dia tuu. omeyy kan muka dia bolat lembut macam pau. yang tudung blue black tu pau yang tak berapa nak kembang la kata orang orang tua. hihi. lama tak jumpa pau yang bernama adilah nii. lepas sekolah sekali pun tak pernah jumpa. bertahun cekkk. haaaaa. raya haji haritu baru dapat jumpa. tolong jangan tertipu dengan kecerahan wajah kami yaa. sebab tu bukan kesan terkena cahaya matahari mahupun flash camera. dan bukan juga kerana teknik pencahayaan ka apa ka pun. tapi sebab satu sajaaa. camera 360. muahaha. sapa yang tahu tu tahu lah yang tak tahu tulun pi search dekat google tak pun bagi yang ada android ka apa apa yang boleh download aplikasi tu sila download sebelum aku rendam gadget hampa sampai lemas sampai hang lepastu kena beli lain. tu pun kalau teringin untuk kelihatan cerah secara tidak asli macam kami ni lah. okay saja tak da keja nak cakap ni ja lah nampaknya. sebab bosan macam nak kusutkan rambut sendiri jadi macam kak limah tu. balik rumah kak ni pun anak menakan semua tak doppp. so rasa bosan ala ala nak mintak kena luku sebab tak sedar diri ada assignment la presenation apa segala tuu. sebab tu laa terjadi kejutan blog sikit tiba tiba nak terjenguk terjegil nak tulis sedikit demi sedikit kat sini walaupun takkan jadi bukit sampai bila bila pun. okay sebelum aku merapu sampai hang laptop ni baik berhenti. nak pi masak maggi sebab kak tak masak nasi. k babai muah muah. eh silap. k babai aum aum. em kalau k babai aummuah aummuah boleh? hish lantak lah tata Assalamualaikum :D
gambar tu saja nak besarkan sebab cek tauuu hampa tak puas tengok kecik kecik kannn. jadi tak payah bertungkus lumus nak zoom dah. ok dah. titi tutu.

No comments:
Post a Comment