16 Dec 2012

;)


orang kata manusia boleh berubah,
orang kata hati mudah berubah,
orang kata masa boleh mengubah,
tapi dulu aku macam tak percaya...

sehinggalah...

aku dapat rasakan yang aku dah banyak berubah,
hati aku pun dah berubah,
dan aku tak tahu sama ada patut atau tidak semua ni berlaku...

mungkin orang akan kata aku jahat,
dan mungkin aku pun rasa aku jahat,
tapi apa nak buat,
semua ni bukan boleh aku kawal...

aku tahu aku telah sakitkan hati orang,
tapi macam mana pulak kalau hati aku yang tak tenteram gara-gara nak jaga hati orang?

memang boleh berpura-pura sebab nak jaga hati orang,
tapi aku tak mampu,
sangat tak mampu,
apa yang aku mampu ikut saja apa berlaku...

aku bahagia dengan apa yang aku ada,
walaupun segalanya tak pernah aku rancang,
andai ditakdirkan ia berlaku, ia pasti berlaku...

aku tahu,
aku belum matang soal hati,
tapi aku tahu erti menyayangi,
aku juga tahu apa itu mencintai...

berkata-kata memang senang dan mudah,
membuktikan yang susah,
aku tidak pandai menunjukkan rasa,
namun aku pasti, dalam hati ini, apa yang ada... :)

mungkin ini terlalu cepat,
aku tidak mengganti, aku hanya mengisi,
yang lepas biarlah lepas,
tidak harus dikenang, tidak juga harus dipadam,
biarlah ia tersimpan sebagai satu babak dalam kehidupan,
satu warna yang menghiaskan,
satu garis yang melengkapkan...
hidup aku di masa hadapan.

biarlah apa orang katakan,
mereka tidak tahu hujung pangkal perjalanan,
tidak semua harus diceritakan,
kerana ada perkara yang lebih baik disimpan.

kau...
menghiasi hidup ini...
tanpa kau sedari...
tapi aku merasai...
semua ini...
mungkin kekal sehingga nanti...
mungkin juga hilang suatu hari...
tapi apa yang aku pasti...
akan ku hargai saat ini...
saat kau berada di sisi...


No comments:

Post a Comment