kemarin hati aku beku
hari ini hati aku mati
beku dan seterusnya mati
mati dari terus merasai
perasaan perasaan yang berselirat
yang kadangkala melambung diri ke awan
dan tanpa bersedia
ia kemudian menghumban diri ke tanah
aku lega...
sunyi?
sudah tentu lah ada
sedangkan berada di tengah khalayak ramai
boleh terasa sunyi
apatah lagi hati yang sunyi tak berpenghuni
kadang rasa sunyi menjerut juga
tapi tak mengapa
sekurang kurangnya tiada kena mengena dengan siapa siapa
aku tenang begini
sangat tenang
aku senang bersendiri
sehingga aku menghiraukan
insan insan yang ingin mendekati
sungguh aku rasa bersalah
tapi pengalaman silam banyak mengajar aku
bahawa yang mudah datang
bakalan mudah pergi
jadi
hati?
hmm telah ku kunci mati.
No comments:
Post a Comment