2 Nov 2013

x

dulu aku lelah mengusung rindu yang membeban
sering sekali aku lagukan bait bait rindu
walau engkau tak mendengar
saat kau mengulit bahagia dengan yang tersayang
aku bermesra dengan kenangan
yang datang menjengah di segenap hari
aku cuba litupkan rasa rindu ini
kerana aku malu
malu untuk mengaku bahawa aku rindu
pada sesuatu yang bukan milikku
tapi sekarang aku bagaikan manusia yang tak punya perasaan
jiwaku kosong tak terisi rasa
tidak rindu tidak juga dendam
tiada sekelumit pun rasa yang tertinggal
aku jua hairan
kenapa begitu mudah ianya hilang
sedangkan
dulu sering saja aku kebasahan dek tangisan hati yang mengharapkan hadirmu
sendirian aku tertanya
sejauh mana rasa cintaku dulu
apa selonggar itukah kasih sayang aku
atau mungkin
kelukaan hati yang teramat ini yang menghambat segala rasa dengan sekelip mata?
and ya the answer goes to the latter 
hehe

No comments:

Post a Comment