Hati manusia itu lembut. Bukan sahaja hati wanita, malah hati
lelaki juga. Apa yang membezakan keduanya, lelaki mampu menyembunyikan soal
hati mereka, tapi perempuan sukar melakukan itu. Apabila seorang perempuan
menyayangi, perasaan sayanglah yang akan ditunjukkan. Lelaki pun begitu juga,
tapi caranya saja yang mungkin berbeza. Perempuan cepat merasa, tetapi sukar
meluahkan apa yang dirasa. Hatinya cepat tersentuh. Hatinya juga mudah
menyayangi. Inginkan seseorang yang menyayanginya disisi. Namun, tatkala hati
mula menyayangi, mengapa perlu menyakiti? Semuanya sukar. Menjaga perasaan
memang sukar. Perasaan mudah berubah. Tapi, sudah pasti ada sebab di sebalik
semua itu.
Duhai sahabat yang disayangi, hati yang disakiti, tidak mustahil
untuk diubati. Hati yang dilukai, tidak mustahil untuk dibaluti. Segala kebaikan
pasti menanti, cuma masanya belum tiba lagi. Aku tahu kau kuat. Aku tahu kita
kuat. Aku tahu kau tidak suka bermain tarik tali, aku pun jua. Tapi…jikalau
hanya satu tali itu yang mampu memberi sinar yang pasti, kita patut hargai. Kadang-kadang,
harapan itu perlu ada, cuma perlu berpada-pada. Namun, mengharapkan yang sedia
ada juga perlu, kau fikirkanlah hatimu itu wahai sahabatku. Hati yang cantik
tidak harus di disakiti. Ia perlu menyayangi, dan disirami kasih sayang yang
abadi. Kau punyai akal juga minda, fikirkanlah sebaiknya. Aku juga punyai
kisahku sendiri. Sama sama kita menjaga hati dan perasaan ini. Semoga satu saat
nanti, akan ada insan, yang bakal menyayangi kita sepenuh hati, tanpa mengira
segala cela yang ada pada diri, masing masing saling melengkapi, menjaga cinta
di hati, menyemai kasih yang suci.
Jiwang teruk. Hahaha. Semoga kau sentiasa berbahagia hendaknya,
sakai bukit kesayanganku.
Dari sahabatmu,
Syazwani Ahmad yang comel angat angat :D
.jpg)
No comments:
Post a Comment