ku hapuskan airmatamu
saat ia mengalir
di waktu kedukaan
ku angkat dirimu
saat kau rebah
ditimpa kejatuhan
ku pimpin tanganmu
saat kau tak mampu lagi mengatur langkah
dihempap kelemahan
ku turut tersenyum
melihat gelak tawamu
saat bahagia menjengah
ku tadah telinga
saat kau bercerita
segala masalah yang melanda
tahu apa semua benda di atas?
angan anganku
yang wujudnya dalam realiti
adalah mustahil
sangat mustahil.
aku bina fantasi
yang teramat indah
aku hidup di dalamnya
tiada sebarang cela
semuanya sempurna
jauh sekali bezanya
dengan apa yang terpampang
di penglihatan realiti
tidak mengapa
aku akan terus berfantasi
kerana aku bahagia
hidup begini.
No comments:
Post a Comment