20 Sept 2013

hai

bila insan yang disayangi melangkah pergi
biarkan kenangan dengannya berlegar legar
biarkan gambarnya tersimpan
jangan melulu cuba menghapuskan
simpan semua dengan rapi
kerna saat rindu padanya tiba
ingati kembali saat kau dengannya
tatap gambarnya
dan sudah pasti
bila
berkali kali kenangan itu menyapa
dan
berkali kali juga
rasa sedih akan menapak
menangis saja
menangis 
dan menangis
tapi ingat
selepas entah berapa kali
kau menangis merindui kenangan itu
akan tiba satu saat dan detik
bila kau tatap gambarnya
pipimu kering
tiada airmata
tiada rasa duka
dan ketahuilah bahawa
saat itu
hatimu tidak lagi mengemis padanya
rasa sayangmu juga sudah pudar
secara seluruhnya
dan kau telah bebas
bebas dari belenggu rindu
pada insan yang meninggalkanmu
detik itu
kau bisa hapuskan segalanya 
tentang dia
dan
carilah kehidupan yang baru
yang lebih sempurna
kerana masih banyak
benda
yang menanti
di depan sana.

No comments:

Post a Comment