aku faham
walaupun aku tak mudah memahami
ya, aku bukan seorang yang memahami
aku pentingkan diri
orang lain, apa aku peduli?
tapi ada waktu aku cuba memahami
aku telan sakit di hati
aku kaburkan mata sendiri
kerana apa
kerana aku berperang dengan diri sendiri
dalam usaha cuba memahami
tapi
kenapa kadang kadang aku rasa
tiada satu orang pun nampak
apa aku buat selama ni?
No comments:
Post a Comment