ketakutan aku bersebab. kerna aku pernah tercelaka. dek mudah menerima. akhirnya mengundang hiba.
satu janji pada diri. aku takkan mudah untuk didampingi. tapi, termeterinya janji adalah untuk dimungkiri.
aku runtuhkan tembok yang tanahnya masih lembik. tidak salah meletak harapan baru. bila harapan lama menyembah bumi. dengan yakin, aku bersandar pada bibit bibit harapan dan janji.
tapi aku lupa. janji termeteri untuk dimungkiri. harapan dibina untuk dicela. aku terleka seketika.
aku hanyut dengan perasaan sendiri. tak tahu arah tuju. sepertinya, aku dipimpin di permulaan. bila di pertengahan, aku keseorangan. mencari tangan yang mungkin menghulur kembali. tapi tiada. kosong. gelap. sunyi. aku lemas.
mahu kemana lagi aku? kehadapan? apa yang ingin ku tuju? ketepi? siapa saja yang menemani? ke belakang? sudah tentu mustahil. rasa ini. seperti aku direjam dalam air sambil bernafas.
tahu apa lagi kejam dari mempergunakan?
buat orang rasa mereka merupakan segalanya
tapi hakikat sebenar mereka tiada guna
buat orang rasa tak berguna itu kejam. setidak tidaknya bagi aku. kerna pada aku. aku rela dipergunakan dari rasa seperti tiada guna. rasa itu seperti kau dibawa kehulu kehilir. tapi kehadiranmu tak terzahir.
No comments:
Post a Comment