19 Sept 2013

na

seperti mana aku dijadikan sandaran
pada permulaan
dimana
hakikatnya
kau tidak mahu aku
kau hanya ingin hambat rasa sunyimu
kau hanya ingin isi masa lapangmu
aku tahu itu
aku tahu
dan diketika ini
aku masih lagi kau jadikan sandaran
untuk mengisi masa kosongmu, bukan?
bila masa kau terisi dengan dia
aku kau lupa
seharusnya
kau lupakan aku terus
secara seluruhnya
kerna bila kau muncul
aku tak tergamak berbuat bodoh
walaupun sepatutnya 
aku harus berdiam saja
tapi 
aku degil
dan kini
secara diam
aku sedang menoreh noreh 
lebih dalam
hati yang sedia rabak ini

'lupakan saja dia' kata mereka
ya, itu aku sedang cuba
mungkin cara aku berbeza
nampak mudah
dan
nampak susah
aku mampu
aku tahu
tapi keadaan yang dirasa
tiada siapa boleh tahu
segalanya
mengambil masa
yang lama
untuk kembali seperti sedia kala

bukan caraku
untuk bermusuhan dengan orang
tapi
bila aku terlalu menjadi seorang yang mengambil mudah
perlahan lahan aku ditikam
harus bagaimana lagi aku?

No comments:

Post a Comment